Wednesday, April 8, 2009

Dua Bukit Satu Batang

Malam tadi, tak sempat pukul 8 Barisan Nasional awal-awal lagi telah meraikan kemenangannya di Pilihan Raya Kecil di Batang Ai, dengan majoriti mengalahkan calon PKR. Keputusan ini memang telah dijangkakan oleh semua pihak hatta calon PKR sendiri memandangkan kawasan Sabah dan Sarawak adalah kubu kuat UMNO. Kenapa ia adalah kubu kuat UMNO? Faktor paling kuat ialah mereka ni semua orang kampung dan hanya dapat tengok tv1, tv2, tv3 dan kalau bertuah sikit, dapat la tonton tv7. Limited access to alternative media sebab miskin dan kurang acces kepada senario politik sekarang.so diorang ni kita takleh wat ape dah, kecuali diberikan keadilan dalam liputan media. Dipendekkan, UMNO pon menangla.. dapatlah dia satu Batang... eh Batang Ai.
Sementara itu keputusan pilihanraya di dua biji bukit lagi dilambat-lambatkan, sampaila semua orang yang mengharapkan berita tv tertidur dek menunggu keputusan tak keluar-keluar... Nasib baiklah aku ni bijak sikit dari diorang yang tunggu keputusan kat tv, aku search je kat google.. terpampang kemenangan dua bukit itu oleh Pakatan Rakyat. Senang tak payah tunggu tv.. kalu tunggu... alamatnye berita dah basi, barula dia siar.... pastu seperti biase, esok lusa mesti dia akan senyapkan berita kemenangan pakatan rakyat seolah-olah perkara tu tak pernah berlaku.
Dun Batang Ai :
1. Malcolm Mussen Lamoh (BN) -3,907 undi.
2. Jawah Gerang (PKR)- 2053 undi

Malcolm menang dengan majoriti 1854 undi.

Dun Selambau :
1. S Manikumar (PKR) - 12,632 undi

2. Datuk S Ganesan (BN) - 10,229 undi

3. Radzi Md Lazim (Bebas) - 25 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

4. R Loganathan (Bebas) - 31 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

5. Mohd Fadzil Wahab (Bebas) - 83 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

6. Abdul Rahim Abu (Bebas) - 60 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

7. L Sarala (Bebas) - 49 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

8. Tan Hock Huat (Bebas) -78 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

9. A Jayagopal (Bebas) - 35 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

10. S Moganakumar (Bebas) - 46 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

11. Khamis Awang (Bebas) - 29 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

12. Husaini Yaakob (Bebas) - 257 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

13. M Vaneson (Bebas) - 32 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (Bebas) - 528 undi (hilang wang pertaruhan RM5,000)

15. T Chandrarajan (Bebas) - 73 undi. (hilang wang pertaruhan RM5,000)

Manikumar menang dengan majoriti 2,403 undi.



Parlimen Bukit Gantang :
1. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)- 21,860 undi
2. Ismail Saffian (BN)- 19,071 undi
3. Kamarul Ramizu Idris (BEBAS)- 62 undi(hilang wang pertaruhan RM5,000)
Mohammad Nizar menang dengan majoriti 2,789 undi.

p/s: tahniah kepada parti masing-masing yang berjaya mempertahankan kerusi masing-masing

No comments: