Wednesday, April 8, 2009

Nga Kor Ming dan Al Qur'an


Inilah dia seorang kafir yang terang-terang dalam satu majlis membacakan satu ayat alqur'an dan menterjemahkannya. Perkara ini menjadi isu besar dalam pilihanraya semalam dan orang Melayu Islam yang terkenal dengan darah panas, merasa marah dengan ucapan beliau itu seolah-olah dia mempersendakan agama Islam. Orang-orang ini merasa tercabar dan terhina dengan kebolehan seorang kafir yang begitu dekat dengan Islam sehingga boleh membacakan potongan ayat alquran, seolah-olah dia lebih Islam daripada mereka itu sendiri. Dan terus membuakkan rasa benci dan geram betapa dia menghina agama Islam.

Tenangkanla hatimu dan marilah kita berfikir dengan waras...

Saudara-saudara Islamku, adakah apa yang diperkatakannya itu salah? Adakah anda menidakkan ayat-ayat Allah semata kerana seorang kafir membacakannya ke atasmu? Dimanakah kita Iman kita apabila kita sendiri menolak Al-Qur'an, sedangkan seorang kafir sedang percaya dengannya?

Adakah seorang kafir itu mempersendakan Islam apabila dia membacakan sepotong ayat atau sebaris hadis? Lantas kita menutup telinga dan menghukumnya? Marilah kita bacakan lagi ayat-ayat alqur'an kepadanya moga-moga Allah bukakan hatinya, sedangkan dia telah dekat dengan kebenaran.

No comments: