Sunday, August 31, 2008

Harapan 16 September

Post aku yang sulung aku citer pasal PRK P44. Selepas DSAI menang, macam2 laporan berita nak gagalkan hasrat beliau nak ke Putrajaya. Puak2 Umno dan BN kata mustahil, puak2 PR optimis. Ape2 pon sebagai rakyat Malaysia aku berharap pemimpin selepas ini lebih baik daripada semalam.

Andainya 16 September jangkaan Anwar itu tak menjadi, diharap pengganti Pak Lah adalah orang yang lebih baik tegas dalam mempertahankan negara, bijak dalam ekonomi dan boleh membantu rakyat dalam apa jua keadaan dan aku paling penting lebih cakna dalam isu2 melibatkan orang Islam dan Melayu.

Tetapi andainya jangkaan optimistik Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan betul2 menjadi, terlebih aku harapkan janji2 dan manifesto mereka yang bagi aku terbaik untuk rayat itu menjadi kenyataan. Walaupon mungkin cita-cita PAS untuk menubuhkan negara Islam tidakdapat dilaksanakan serta merta, terbaiklah untuk diorang meneliti bagaimana perjalanan sirah Nabi SAW sebelum menubuhkan negara Islam pertama di Madinah.

Friday, August 29, 2008

Assalamualaikum

Just create this blog to express some of my interest.