Saturday, September 13, 2008

Tan Sri Muhyiddin Yassin


Hebat beliau ni.

Akhir-akhir ini kenyataan Tan Sri Muhyiddin semakin diterima ahli UMNO untuk memendekkan tempoh peralihan kuasa. Bermula dengan kejayaan Dato' Seri Muhyiddin mengajak Tun Mahathir kembali ke UMNO, orang-orang kuat UMNO yang lain nampaknya semakin mudah di jinakkan untuk turut serta dalam komplot menjatuhkan Dato' Seri Abdullah secepat mungkin. Mungkin pada pandangan beliau Tun Mahathir sahajalah yang mampu untuk mengukuhkan kembali kepercayaan ahli-ahli UMNO/BN yang semakin ramai beransur-ansur menentang UMNO, walaupun tindakan beliau membelakangkan hak pemimpin UMNO yang lain yang sudah lama berjuang untuk orang Melayu.

Sebelum ini masing-masing berkeras meyatakan kesanggupan untuk bersama-sama Presiden parti. Namun kenyataan Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Hishamuddin semalam mula berubah dan semakin nampak inginkan suara majoriti ahli UMNO dengan menyerahkan kepada perwakilan UMNO untuk menentukan bilakah tarikh peralihan yang sesuai. Inilah kejayaan Tan Sri Muyiddin yang pada awalnya dan sehingga sekarang tidak pernah takut untuk menyatakan pendapat beliau untuk kepentingan parti UMNO.

Adakah perancangan beliau akan berjaya? Adakah Dato' Seri Abdullah akan tunduk kepada perwakilan yang sudah jemu dengan beliau? Apakah nasib Pak Lah dan pengikutnya, adakah Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sekali lagi atau mungkin Tan Sri Muhyiddin bakal pengganti Pak Lah. Atau mungkin Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan. Sungguh menarik politik Malaysia mutakhir ini. Mari sama-sama kita tengok apa bakal berlaku.. semuanya tak boleh dijangka.

Monday, September 1, 2008

Berhati-hati, jagalah iman


Pada malam merdeka saya dengan beberapa kawan lepak dekat Sungai Besi. Pelik dan tertanya-tanya tengok ramai betul remaja yang bawak couple masing2, menuju ke KL...naik moto konvoi ramai-ramai. Tengah sembang tu mula la terpikir, rupenye ada konsert Avril malam tu. Ingatkan dah dibatalkan selepas kedengaran protes oleh NGO beberapa minggu lepas.. rupenye jadi pulak, kesian kat rakan-rakan saya yang memprotes bebrapa hari sebelum tu.. Itula.. bukan senang nak menegah kemungkaran, siap kena maki dan dikutuk.

Ramai suara yang saya dengar, yang dok menyalahkan, mengutuk, mengkomen pemprotes-pemprotes konsert tersebut, 'apa salahnya orang datang nak nyanyi kat sini', 'biarla dia datang, siapa yang nak pegi.. pegi la.. sape tanak takyah la pegi' ..

Kita umat Islam sedia maklum suara wanita yang di lunakkan adalah di larang dalam Islam. Tapi oleh kerana kita di Malaysia dah terbiasa dengan lagu, konsert, dan pelbagai sumer hiburan dilarang ni rasa semacam dah tak berdosa.. Tiba-tiba apabila muncul segolongan orang Isam yang nak menegah kemungkaran, mengajak berbuat baik.. mengikut acuan Islam, setengah daripada kita berkata.. 'ini menafikan hak masyarakat untuk berhibur' dan mereka menentang sekeras-kerasnya pemprotes jalanan ini. Berhati-hatilah saudaraku sekalian, akan bisikan syaitan itu yang bakal meruntuhkan Iman kita. Tentangan kita bermaksud kita menghalalkan apa yang dilarang oleh Islam, dan menghalalkan yang haram adalah salah satu perkara yang boleh mengguggurkan Iman kita.

Marilah sama-sama kita menambah ilmu, menambah cakna kita kepada agama kita, menambah ketaqwaan dalam kehidupan, terlebih lagi di bulan Ramadhan ini..