Sunday, February 15, 2009

Sedikit sejarah tentang UMNO, PAS, PKR

Okeh.. bermula dengan UMNO

Bermula daripada satu perhimpunan besar-besaran yang diberi nama Kongres Melayu Se-Malaya. Perhimpunan yang dirancang oleh Persatuan Melayu Selangor dan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 menghimpunkan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu. Perhimpunan yang berdasarkan kepada penolakkan terhadap gagasan Malayan Union tajaan British itu di pengerusikan oleh Dato’ Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor yang akhirnya telah bersetuju dan sepakat terhadap 3 usul utama iaitu:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah penubuhan Malayan Union dan,
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.


Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad ( Zaaba ) bagi menganggotai sebuah jawatankuasa bagi mendrafkan satu piagam datu perlembagaan UMNO.
1987-1988 Krisis Kehakiman dan tahun UMNO diharamkan oleh Mahkamah, UMNO baru telah ditubuhkan oleh Tun M dengan majoriti tipis. So UMNO sekarang ialah UMNO baru yang ditubuhkan oleh Tun M.


Parti Islam Semalaysia

Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.

Partai Kebangsaan Melayu Se Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948.

Dato' Onn Jaafar, mendesak Inggeris untuk mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin dan menangkap pemimpin- pemimpinnya dengan menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya.

24 November 1951 pendukung- pendukungnya akhirnya telah menubuhkan PAS.


Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Last but not least, PKR, parti baru yang pada hari ini begitu cepat mendapat pengaruh..

Pada hari ini PKR adalah sebuah parti yang terdiri daripada orang2 yang kecewa denganUMNO dan orang2 atas pagar yang inginkan UMNO yang lebih baik.

Ditubuhkan semasa reformasi 1999 dan tonggak utamanya adalah DS Anwar Ibrahim.