Monday, April 6, 2009

Zahid simate ripik (sepet)





Kalau cerita pasal pemimpin BN sumenyer bagai wali.. tak pernah berbuat dosa, semua kata-kata adalah hikmah, semua perbuatan adalah ibadah, semua pandangan adalah firasat yang benar. Tapi, dua ari lepas, bile aku tengok vidoe menteri dlm negeri-zahid hamidi (menteri yg jaga hal ehwal islam) dok berpoya-poya dalam majlis org cine yg ada penari separuh bogel. Adus, aritu baru cakap kat perhimpunan agung, kate nak pertahankan agama Islam, kalimah Allah, sekali orang tunjuk pompan terus hilang nak pertahankan islam dan kate ni budaya orang Cina. Biase la menteri-menteri ni dah biasa dengan majlis camni.. cuma kali ni dia buat public.. sebab nak tunjukkan betapa terbukanya Islam yang diamalkan oleh Zahid. Tak malu sungguh mamat sekor ni.




Hoi ko tu public figure, ko jadi teladan orang, ko bawak imej Islam,lgpon ko menteri hal ehwal islam, kalu orang taraf macam ko boleh hadir, tengok, setuju majlis camni.. orang taraf pencacai UMNO mestila lagi advance pada ko, mesti tengok tarian bogel dah biase sangat kan ek.. yaa Malaysia Boleh!!

Sunday, April 5, 2009

Penderhakaan UMNO


Yang Di Pertuan Agong dan Sultan-sultan adalah ketua negara dan ketua agama islam. Umumnya, umat Melayu sesetia Hang Tuah kepada titah perintah Tuanku Sultan menjunjung dan mentaati titah baginda. Dan umum mengetahui Hang Jebat, si penderhaka yang lantang menentang titah perintah sultan yang tidak selari dengan prinsip beliau.
Sebulan dua ni begitu lantang akhbar-akhbar dan berita memaparkan betapa Jebatnya kerajaan negeri Perak menentang perlantikan Menteri Besar baru dan betapa Tuahnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu mempertahankan serangan Jebat kepada Tuanku Sultan Perak.

Pada saya, penJebatan exco kerajaan negeri Perak adalah berpunca daripada UMNO sendiri yang menggubal Perlembagaan Persekutuan yang mengurangkan bidang kuasa raja-raja, kepada badan yang mengesahkan segala perkara yang diputuskan oleh parlimen, yang paling tinggi pun hanyalah berkuasa untuk menangguhkan keputusan parlimen dan setelah beberapa tempoh ia tetap akan diluluskan. Raja-raja pun perlu patuh kepada perlembagaan dan mesti menurut undang-undang yang telah diputuskan, tetapi sebagai orang Melayu, Sultan ibarat Nabi, manusia biasa yang berbuat kesalahan tetapi semua kesalahannya telah diampunkan dan baginda wajib ditaati atas apa yang baginda perkenan. Jadi orang-orang Melayu atas dasar sentimen dan semangat keMelayuannya akan menentang siapa sahaja yang mencabar keputusan Sultan. Begitulah yang terjadi di Perak dan Terengganu akhir-akhir ini.

Namun ramai orang Melayu yang dikaburkan dengan penderhakaan bangsa melayu sendiri, atas nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu, dan atas nama perjuangan bangsa, menderhaka kepada sultan-sultan dan raja.

Dipetik dari Kedahlanie.blogspot

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?












7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

Monday, March 9, 2009

Perarakan Bantahan PPSMI

Kesian sungguh aku tengok orang-orang yang pergi berarak ke Istana Negara kena sembur ngan gas pemedih mata ngan pancutan air. Ada orang muda, orang tua, yang bawak anak, yang naik kerusi roda, yang jalan kaki dan ade yang berlari.

























































Aku hairan kenapa polis begitu beriya-iya nak larang orang ramai daripada berarak ke Istana Negara... sampai ade tercetus insiden-insiden yang tak diingini. Yang paling aku tak pahamnya ape jahat sangat ke masyarakat Malaysia yang buat perarakan tu? Kenapa Ketua Polis tak bagi kebenaran je kat diorang untuk berarak.. bukan selalu pon dapat tengok orang berarak atas jalan raya, pergi mengadu kat Yang Di Pertuan Agong tentang masalah orang Melayu. Lagipun kalau polis tak beri kebenaran sekalipun, perkara ini tetap akan berlaku, sebab pada pandangan orang ramai, diorang tak rasa bersalah dan bukannya nak buat benda yang salah.

Sepanjang pengamatan aku, orang ramai yang berarak tu tak buat kerosakan apa-apa pun, tapi pihak polis dan FRU yang nampak lebih aggresif bersungguh-sungguh menangkap peserta perarakan, memukul orang ramai, melempar gas pemedih mata dll. Kalaulah pihak polis membenarkan perarakan itu, bagi kerjasama, tolong kawal lalu lintas ke, jaga keselamatan orang ramai perkara buruk tak akan berlaku, rakyat akan lebih respek pihak polis.

Betullah perarakan itu didalangi parti2 politik pembangkang, pemimpin-pemimpin pembangkang hadir sama, tetapi itulah usaha terakhir rakyat supaya pemimpin atasan sedar akan kelemahan PPSMI ini. setelah gagal dengan usaha cara baik, hantar memorandum, dan toleransi.

Sunday, February 15, 2009

Sedikit sejarah tentang UMNO, PAS, PKR

Okeh.. bermula dengan UMNO

Bermula daripada satu perhimpunan besar-besaran yang diberi nama Kongres Melayu Se-Malaya. Perhimpunan yang dirancang oleh Persatuan Melayu Selangor dan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 menghimpunkan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu. Perhimpunan yang berdasarkan kepada penolakkan terhadap gagasan Malayan Union tajaan British itu di pengerusikan oleh Dato’ Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor yang akhirnya telah bersetuju dan sepakat terhadap 3 usul utama iaitu:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah penubuhan Malayan Union dan,
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.


Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad ( Zaaba ) bagi menganggotai sebuah jawatankuasa bagi mendrafkan satu piagam datu perlembagaan UMNO.
1987-1988 Krisis Kehakiman dan tahun UMNO diharamkan oleh Mahkamah, UMNO baru telah ditubuhkan oleh Tun M dengan majoriti tipis. So UMNO sekarang ialah UMNO baru yang ditubuhkan oleh Tun M.


Parti Islam Semalaysia

Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.

Partai Kebangsaan Melayu Se Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948.

Dato' Onn Jaafar, mendesak Inggeris untuk mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin dan menangkap pemimpin- pemimpinnya dengan menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya.

24 November 1951 pendukung- pendukungnya akhirnya telah menubuhkan PAS.


Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Last but not least, PKR, parti baru yang pada hari ini begitu cepat mendapat pengaruh..

Pada hari ini PKR adalah sebuah parti yang terdiri daripada orang2 yang kecewa denganUMNO dan orang2 atas pagar yang inginkan UMNO yang lebih baik.

Ditubuhkan semasa reformasi 1999 dan tonggak utamanya adalah DS Anwar Ibrahim.