Wednesday, April 8, 2009

Nga Kor Ming dan Al Qur'an


Inilah dia seorang kafir yang terang-terang dalam satu majlis membacakan satu ayat alqur'an dan menterjemahkannya. Perkara ini menjadi isu besar dalam pilihanraya semalam dan orang Melayu Islam yang terkenal dengan darah panas, merasa marah dengan ucapan beliau itu seolah-olah dia mempersendakan agama Islam. Orang-orang ini merasa tercabar dan terhina dengan kebolehan seorang kafir yang begitu dekat dengan Islam sehingga boleh membacakan potongan ayat alquran, seolah-olah dia lebih Islam daripada mereka itu sendiri. Dan terus membuakkan rasa benci dan geram betapa dia menghina agama Islam.

Tenangkanla hatimu dan marilah kita berfikir dengan waras...

Saudara-saudara Islamku, adakah apa yang diperkatakannya itu salah? Adakah anda menidakkan ayat-ayat Allah semata kerana seorang kafir membacakannya ke atasmu? Dimanakah kita Iman kita apabila kita sendiri menolak Al-Qur'an, sedangkan seorang kafir sedang percaya dengannya?

Adakah seorang kafir itu mempersendakan Islam apabila dia membacakan sepotong ayat atau sebaris hadis? Lantas kita menutup telinga dan menghukumnya? Marilah kita bacakan lagi ayat-ayat alqur'an kepadanya moga-moga Allah bukakan hatinya, sedangkan dia telah dekat dengan kebenaran.

Monday, April 6, 2009

Isu Tanah di Perak...

Banyak-banyak berita tv, paling aku menyampah tengok tv1 ngan tv3 tak habis-habis berbohong sambil main sentimen orang Melayu dan Islam terutama kalau melibatkan parti pembangkang, dia punya putar alam tu sampai mende yang tak pernah berlaku pon diorang sampaikan semacam dah berlaku perang. Tau dah diorang tu media utama Barisan Nasional, tapi tak payahla putar belit berita.. tak tau ke dapat dosa kalau menipu.. pikirla sendiri.. kat akhirat nanti korang kena mintak maaf kat semua rakyat malaysia ni.. mane korang nak cari satu-satu.. dikala orang berbilion-bilion bersesak di Padang Mahsyar. Tapi korang tak payahlah mintak maaf dengan aku, sebab aku dah tau korang ni kaki penipu.. so aku tak tertipula, ko carila orang lain yang betul2 percaya ape yg korang sampaikan.

Teringat dua minggu lepas, ade la sorang kawan aku ni dok cakap-cakap pasal kita ni orang Melayu jadi rugi sebab masalah di Perak.. Kita telah hilang kuasa ke atas orang cina, sampai terpaksa memberi tanah kepada orang cina kerana desakan diorang, bangsa-bangsa lain telah ambil kesempatan atas kelemahan berpolitik orang melayu.. contoh utama yang dia cakap ialah Perak. Ni ape yang dia kata.

Aku tak salahkan dia atas pendapat dia itu.. dia adalah mangsa penipuan dan pembohongan serta ketidakadilan media massa memainkan kes ini sebagai satu serangan atas sentimen perkauman orang Melayu. Sedangkan tanah yang dibahagikan itu adalah untuk sekolah-sekolah persendirian kaum cina, india dan kampung-kampung baru untuk org cina yang miskin dan amat sedikit jika dibandingkan dengan pembahagian kepada orang-orang Melayu.

Dia terlupa/dilupakan/disekat maklumat tentang pemberian ribuan hektar tanah oleh pemimpin UMNO ke atas tokey-tokey besar cina yang sedia kaya semata-mata untuk kepentingan politik dan individu dalam UMNO. Contoh paling ketara ialah pemberian sebuah pulau untuk ditadbir sendiri oleh orang cina di singapura, Genting Highland, segunung tanah diberikan kpd Goh Tong... yang lain-lain tu korang siasat la sendiri.

Ni tak cakap lagi pasal sekatan orang UMNO dalam pembahagian geran kat rakyat terengganu masa zaman pemerintahan pas tahun 99-04 dulu. Sampai sekarang geran tak dapat2 tapi duit dah habis beribu. Pejadahnya kate nak bela orang melayu, kalu ngan orang Melayu sendiri dia khianat . Hakkkk Ptuih..

Inilah sifat dengki orang melayu.. dengki melihat orang berbuat baik kepada bangsa sendiri apetah lg kat bangsa lain semata-mata orang itu adalah parti pembangkang.

Zahid simate ripik (sepet)





Kalau cerita pasal pemimpin BN sumenyer bagai wali.. tak pernah berbuat dosa, semua kata-kata adalah hikmah, semua perbuatan adalah ibadah, semua pandangan adalah firasat yang benar. Tapi, dua ari lepas, bile aku tengok vidoe menteri dlm negeri-zahid hamidi (menteri yg jaga hal ehwal islam) dok berpoya-poya dalam majlis org cine yg ada penari separuh bogel. Adus, aritu baru cakap kat perhimpunan agung, kate nak pertahankan agama Islam, kalimah Allah, sekali orang tunjuk pompan terus hilang nak pertahankan islam dan kate ni budaya orang Cina. Biase la menteri-menteri ni dah biasa dengan majlis camni.. cuma kali ni dia buat public.. sebab nak tunjukkan betapa terbukanya Islam yang diamalkan oleh Zahid. Tak malu sungguh mamat sekor ni.




Hoi ko tu public figure, ko jadi teladan orang, ko bawak imej Islam,lgpon ko menteri hal ehwal islam, kalu orang taraf macam ko boleh hadir, tengok, setuju majlis camni.. orang taraf pencacai UMNO mestila lagi advance pada ko, mesti tengok tarian bogel dah biase sangat kan ek.. yaa Malaysia Boleh!!

Sunday, April 5, 2009

Penderhakaan UMNO


Yang Di Pertuan Agong dan Sultan-sultan adalah ketua negara dan ketua agama islam. Umumnya, umat Melayu sesetia Hang Tuah kepada titah perintah Tuanku Sultan menjunjung dan mentaati titah baginda. Dan umum mengetahui Hang Jebat, si penderhaka yang lantang menentang titah perintah sultan yang tidak selari dengan prinsip beliau.
Sebulan dua ni begitu lantang akhbar-akhbar dan berita memaparkan betapa Jebatnya kerajaan negeri Perak menentang perlantikan Menteri Besar baru dan betapa Tuahnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu mempertahankan serangan Jebat kepada Tuanku Sultan Perak.

Pada saya, penJebatan exco kerajaan negeri Perak adalah berpunca daripada UMNO sendiri yang menggubal Perlembagaan Persekutuan yang mengurangkan bidang kuasa raja-raja, kepada badan yang mengesahkan segala perkara yang diputuskan oleh parlimen, yang paling tinggi pun hanyalah berkuasa untuk menangguhkan keputusan parlimen dan setelah beberapa tempoh ia tetap akan diluluskan. Raja-raja pun perlu patuh kepada perlembagaan dan mesti menurut undang-undang yang telah diputuskan, tetapi sebagai orang Melayu, Sultan ibarat Nabi, manusia biasa yang berbuat kesalahan tetapi semua kesalahannya telah diampunkan dan baginda wajib ditaati atas apa yang baginda perkenan. Jadi orang-orang Melayu atas dasar sentimen dan semangat keMelayuannya akan menentang siapa sahaja yang mencabar keputusan Sultan. Begitulah yang terjadi di Perak dan Terengganu akhir-akhir ini.

Namun ramai orang Melayu yang dikaburkan dengan penderhakaan bangsa melayu sendiri, atas nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu, dan atas nama perjuangan bangsa, menderhaka kepada sultan-sultan dan raja.

Dipetik dari Kedahlanie.blogspot

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?












7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?